KUALA LUMPUR: Susulan konsert kumpulan rock dari United Kingdom, Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura, manakala hanya satu malam di negara ini terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Bagi bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau berpandangan perkara itu memperlihatkan bagaimana Malaysia kehilangan peluang untuk meningkatkan aliran modal menerusi industri pelancongan.
"Kita perlu ada strategi mengatasi masalah ini, minggu lepas kita bercakap aliran modal. Kita tahu aliran modal paling besar menerusi pelancongan, pelancong datang dan beli ringgit sebab nak belanja di sini.
"Itu nombor kedua currency earner terbesar di negara kita. Tetapi kita masih lagi tidak dapat meletakkan Malaysia di peta pelancong berbanding Singapura atau Bangkok for that matter," katanya.
Jelas Khairy lagi, perlu ada strategi pelancongan yang lebih agresif dilakukan dalam isu itu.
"Perbincangan ekonomi pun kita bangkitkan mana strategi pelancongan kita, takkan kita menunggu untuk Tahun Melawat Malaysia setiap empat tahun, atau kita hanya bergantung kepada satu pasaran package tour daripada China.
"Apa naratif dari sudut pelancongan? Dulu kita ada Malaysia Truly Asia sangat cantik, tapi apa produk menjadikan Malaysia Truly Asia," soalnya lagi dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Jumaat.
Sementara itu bagi Shahril Sufian Hamdan beliau berpandangan, tindakan kumpulan Coldplay menambah hari konsert di Singapura juga disebabkan negara kota singa itu dilihat sebagai hab pelancongan.
"Ia juga cerminan Singapura hab pelancongan dan bukan Malaysia. KJ berikan contoh orang luar datang ke sesebuah negara untuk tengok konsert.
"Saya ke Singapura tempoh hari untuk pergi tengok Artic Monkeys sebab tidak datang ke Malaysia. Coldplay ini pilih Singapura sebab dia tahu connectivity lebih banyak," katanya lagi.
Sebelum ini, Live Nation Singapura mengumumkan konsert jelajah Coldplay, Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Singapura kini akan diadakan sebanyak enam hari.
Fareez Azman
Fri Jun 23 2023
Khairy dan Shahril memberikan pandangan mereka berhubung isu konsert Coldplay enam hari di Singapura. - Foto/FB Keluar Sekejap
Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama
Persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar.
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera dan Stacy boleh tarik nafas lega
Putera dan Stacy berada ditangga dua terbawah selepas masing-masing memperoleh markah 71.33 peratus dan 74.21 peratus daripada juri tetap.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Konsert Coldplay: Kuala Lumpur rekod kehadiran tertinggi, perolehan RM52 juta
Konsert di Kuala Lumpur juga meraih kutipan AS$10,904,369, perolehan tiket kedua tertinggi bagi Coldplay, selepas GBK.
Siti Nurhaliza tak perlu risau, final Piala Malaysia sudah atasi Coldplay
Siti mungkin tidak perlu bimbang lagi berikutan rekod kehadiran konsertnya diatasi Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu.
Ramai puas hati dengan Coldplay
Chris Martin siap berpantun, 'payung' peminat dengan lagu-lagu kegemaran.
PDRM buat persiapan rapi menjelang konsert Coldplay
PDRM akan menjalankan pemeriksaan tubuh badan dan beg serta barangan akan dilakukan di setiap pintu masuk dan juga selepas memasuki perkarangan stadium.
Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah
Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu ini.
Kalah Coldplay dan Taylor Swift, Jacky Cheung buat konsert 11 hari di Singapura
Penganjur juga mendakwa persembahan selama 11 hari akan menjadikan ia sebagai persembahan terbanyak yang pernah diadakan oleh seorang penyanyi solo di Singapura.
Konsert Coldplay: Perlu ada strategi agresif bangkitkan pelancongan di Malaysia - Khairy
Konsert kumpulan rock Coldplay ditambah menjadi enam hari di Singapura terus menjadi topik hangat rakyat Malaysia ketika ini.
Konsert hari keenam Coldplay di Singapura 'sold out' dalam tempoh 2 jam
Coldplay awalnya dijadual mengadakan konsert di Singapura pada 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024.
Malaysia terlepas peluang ekonomi Coldplay - Syed Saddiq
Singapura bakal mengutip hasil jualan tiket sebanyak RM180 juta bagi konsert selama enam hari itu.
MOTAC teliti aduan kekurangan konsert, tunggu permohonan penganjur Coldplay
MOTAC akan meneliti aduan kekurangan konsert artis luar negara membuat persembahan di negara ini.